Wednesday, July 22, 2009



Terkenang kembali zaman di MPRM 1996-1999. Banyak kenangan suka duka yg ditempuhi membawa aku mengenali dunia ini dengan pelbagai kerenah. Membawa aku mengenali erti kehidupan sebenar yg penug dengan cabaran dan dugaan. Kenangan yang mengajak aku lari dari SMKA Slim River ke Maktab Perguruan Raja Melewar Seremban dan meninggalkan bangku sekolah menengah ke sekolah rendah kembali. Kenangan yg membawa aku mengenali rakan2 dari seluruh Malaysia yg selama ini aku cuma mengenali rakan sekampung sahaja. Alhamdulillah setelah 3 tahun aku mengharungi hidup di tempat orang mengajak aku menempuh pelbagai dugaan tanpa keluarga di sisi.

Saturday, June 13, 2009
















Sesapa yang berminat dengan baju muslimah ni....bolehlah email aku kat Shahfulrizal@yahoo.com atau call aje 016-4936239 InsyaAllah permintaan akan di penuhi...Diskaun jika beli lebih dari satu..Saiz semua ada.......tunggu gambar seterusnya jika perlukan design yg lain...Ni ada satu je sample 2 warna nanti aku uploadkan gambar yang lain...Tak mahal RM38 je....kalau pos tambah RM5 lagi...Kanak-kanak RM25 - RM28KALAU BERMINAT SILA SERTAKAN NAMA , ALAMAT DAN SLIP PEMBAYARAN MELALUI MAYBANK2U.COM NO AKAUAN : 155108666912

Saturday, June 6, 2009


Ni Lah dianya rumah ese kek soromban. Jadi oghang nogori la den lopeh nie....

Tuesday, June 2, 2009

Renung-Renungkan Bersama

Seorang pemuda masuk ke dalam sebuah kedai makan, memesan makanan. Tidak beberapa lama kemudian, pesanannya datang.

Saat pemuda itu hendak menikmati makanannya, datanglah seorang anak kecil laki laki menjajakan kuih padanya, “Bang, mahu beli kuih, bang ?”

Dengan ramah pemuda yang sedang makan itu menjawab “Tidak, saya sedang makan”.
Anak kecil tersebut tidak putus asa dengan cubaan pertama.

Dia menunggu sampai pemuda itu selesai makan, lalu dia tawarkan lagi kuih dagangannya, “Bang, mahu beli kuih, bang ?”
Pemuda tersebut menjawab, “Tidak dik, saya sudah kenyang.”
Lalu, pemuda itu membayar di kaunter dan beranjak pergi dari kedai makan tersebut. Si anak kecil penjaja kuih itu mengikuti. Sudah hampir seharian dia menjajakan kuih buatan ibunya. Dia tidak menyerah pada usahanya.

Anak itu berfikir, “Cuba aku tawarkan kuih ini lagi pada pemuda itu. Siapa tahu kuih ini dijadikan ole ole buat orang di rumahnya.”

Apa yang dilakukan oleh anak kecil itu adalah usaha gigih membantu ibunya menyambung kehidupan yang serba sederhana ini.

Saat pemuda itu keluar rumah makan, anak kecil penjaja kuih itu menawarkan kuih dagangannya untuk yang ketiga kali, “Bang mahu beli kuih saya ?”.

Kali ini pemuda itu merasa risih untuk menolak. Kemudian, dia mengeluarkan wang RM 10 dari dompetnya dan diberikan pada anak kecil itu sebagai sedekah.

Katanya, “Dik, ambil wang ini. Saya tidak beli kuih adik. Anggap saja ini sedekah dari saya buat adik.”

Anak kecil itu menerima wang pemberian pemuda lalu memberikannya kepada seorang pengemis yang sedang meminta minta. Betapa terkejutnya pemuda itu.

“Bagaimana anak ini ? Diberi wang tak mahu malah diberikan pada orang lain?”.

Katanya, “Kenapa kamu berikan wang itu pada pengemis ? Mengapa tidak kau ambil saja ?”

Anak kecil penjaja kuih tersenyum lucu menjawab, “Saya sudah berjanji sama ibu di rumah untuk menjualkan kuih buatan ibu, bukan jadi pengemis. Dan saya akan bangga pulang ke rumah bertemu ibu kalau kuih buatan ibu terjual habis. Wang yang saya berikan kepada ibu hasil usaha kerja keras saya. Ibu saya tidak suka saya menjadi pengemis”.
Pemuda itu kagum dengan kata kata yang diucapkan anak kecil penjaja kuih yang masih sangat kecil buat ukuran seorang anak yang sudah punya etika kerja bahawa “kerja adalah sebuah kehormatan”. Kehormatan anak kecil itu akan berkurang di hadapan ibunya, bila dia tidak bekerja keras dan berhasil menjajakan kuih. Dan, adalah pantangan bagi sang ibu bila anaknya menjadi pengemis. Dia ingin setiap kali pulang ke rumah dia melihat ibunya tersenyum menyambut kepulangannya dan senyuman bonda yang tulus, dia balas dengan kerja yang terbaik dan menghasilkan wang.
Akhir cerita, pemuda tadi memborong semua kuih yang dijajakan anak kecil itu. Bukan kerana kasihan, bukan kerana lapar tapi kerana prinsip yang dimiliki anak kecil itu “kerja adalah sebuah kehormatan”. Dia akan mendapatkan wang kalau dia sudah bekerja dengan baik.
Semoga cerita di atas bisa menyedarkan kita tentang erti pentingnya kerja. Bukan sekadar untuk wang semata. Jangan sampai mata kita menjadi “hijau” kerana wang sehingga melupakan apa erti pentingnya kebanggaan kerjaya yang kita miliki. Sekecil apapun kerjaya itu, kalau kita kerjakan dengan sungguh-sungguh, pastilah akan bererti besar.

Reunion kelas Ibu masa di IPM Melaka. Tumpang sekaki kat sebelah kiri tu. 2 hari 1 malam di Le Paris, Port Dickson N9. Seronok la Ibu jumpa kawan-kawan lama.

Monday, June 1, 2009

Jawab ! Jangan Tak Jawab

Di malam jumaat, kira2 jam 10 malam. Alkisahnya, ada empat orang tengah tunggu lif. Sorang tu doktor, sorang lagi tu engineer, yang ketiga tu peguam 4 tahil, dan yang last sekali tok Imam.Tengah-Tengah Boring dok tunggu lif tuh, tetiba datang ler sorang awek cun yang teramat-amatlah seksi. T-shirt sendat, skirt pendek sependeknya, putih gebu..kuyu mata yang memandang. Bila lif sampai, semua orang pun naik ler. Dalam masa lif tu nak naik ke atas, tiba-tiba elektrik terputus. Lif tu pun berhentilah dengan tiba-tiba, dalam keadaan gelap gelita.Dalam black out tu, mulalah ada salah sorang dari melaun tu gatal pulak, nak buat kurang ajar dengan pompuan seksi tu. Puas laa..dia dok meraba dan meramas pompuan tu dalam gelap!Tiba-tiba, elektrik dah okay balik. Pompuan tu pun tengok kat si Engineer, lepas tu kat si Doktor, ketiga kat si Peguam. Last sekali kat tok Imam. Dengan geramnya, minah tu bagi kat si Tok Imam satu penampar Jepun yang teramatlah kuat., kekuatan penampar minah tu membuatkan dadanya turut bergoncang. "Heiii, tua-tua bangka pun ada hati nak meraba lagi tu !!!" Jerit Si minah seksi sambil menunjuk tanda jari 'peace' ala-ala gangster songkok tinggi yg nak belasah Nizar 3 mac itu hari kat muka tok imam tu..!Soalan : Mengapa minah seksi tu jadi giler dan bagi penampar kat tok Imam ? Kenapa ? Kenapa ? Kenapa ?Sila jawap...!

Sunday, May 10, 2009


Gambar terkini abang dan adik. Adik semakin sihat.