Sunday, May 10, 2009


Gambar terkini abang dan adik. Adik semakin sihat.

Antara latihan yang di berikan mata di tutup dan abg Naufal terpaksa membuka grill dan masuk ke dalam terowong dan membuka anak kunci.

Gambar abang Naufal yang telah menyertai FIPCOM JUNIOR iaitu kelab cilik Bomba di SMART KIDS FAIR di PWTC pada 12.4.2009. Sikap berani dan disiplin terserlah bila abang Naufal mampu mengikuti kursus selama 30 minit ini dengan berjaya tanpa ada bantuan ayah dan ibu. GOOD LUCK 4 U "AHMAD NAUFAL".

Thursday, May 7, 2009

Sekadar Renungan

Assalamualaikum.....cuma sekadar renungan untuk rakan.
Hari hari persidangan DUN Perak 7.5.2009....masuk sikit bab politik dah lama pendam ni.....
Oklah nampaknya demokrasi kat negeri perak amnya dan negara khususnya banyak yg telah tercemar. Media langsung tidak mencerminkan keadilan. Kenapa sebelah pihak saja yang memberi komen padahal sendiri kita nampak YB Zambry telah dengan sendiri melanggar undang2 dengan melantik Speaker secara undang2 Rimba.
Aku sebagai rakyat Perak merasa sedih dengan apa yg terjadi. Malu rasanya bukan setakat rakyat Perak sahaja yg tahu bahkan seluruh Malaysia waima seluruh dunia boleh lihat bagaimana satu persatu sistem perundangan d negeri Perak di ceroboh dengan sesuka hati.
Wassalam

Alhamdulillah setelah hampir dua bulan abang dan adik sihat walafiat dan selamat mengadakan majlis cukur bersama sepupu mereka Nasren Hanani di kampung Tok Wan.
Tok Wan pun nampaknya sgt gembira dengan majlis yg kami adakan almaklumlah dah lama tak buat kenduri.

Cahaya Mata Anugerah Ilahi


Alhamdulillah betapa besarnya anugerah ciptaan Tuhan yang maha esa kerana telah memberikan kami ahli keluarga yang baru yang telah di beri nama Ahmad Naf An yang telah dilahirkan pada 24.11.2008. Namun dugaan juga telah di beri kerana Ahmad Naf An telah dijangkiti penyakit Kuning dan di atas kecuaian kami juga Ahmad Naf An juga telah menjalani blood transaction untuk menyelamatkannya. Terima kasih di ucapkan kepada jururawat yang bertugas di HKL wad pedriatik dan juga doktor yang bertugas kerana telah memberi perhatian yang penuh kepada Ahmad Naf An. Syukran Jaziilan