
Terkenang kembali zaman di MPRM 1996-1999. Banyak kenangan suka duka yg ditempuhi membawa aku mengenali dunia ini dengan pelbagai kerenah. Membawa aku mengenali erti kehidupan sebenar yg penug dengan cabaran dan dugaan. Kenangan yang mengajak aku lari dari SMKA Slim River ke Maktab Perguruan Raja Melewar Seremban dan meninggalkan bangku sekolah menengah ke sekolah rendah kembali. Kenangan yg membawa aku mengenali rakan2 dari seluruh Malaysia yg selama ini aku cuma mengenali rakan sekampung sahaja. Alhamdulillah setelah 3 tahun aku mengharungi hidup di tempat orang mengajak aku menempuh pelbagai dugaan tanpa keluarga di sisi.